Kambing Mekah – Tempahan untuk Ibadah Aqiqah masih TERBUKA kepada parents yang baru dikurniakan cahaya mata.

Irfan Khairi

Penyelaras Qurban/Aqiqah

Apakah Sah Qurban,
Tapi Sewaktu Kecil Belum Aqiqah?

Qurban dan Aqiqah adalah dua kewajiban yang berbeza. Dan keduanya tidak memiliki hubungan antaranya. Dalam ertikata, aqiqah bukan syarat sah qurban, dan demikian pula sebaliknya.

Aqiqah merupakan tanggunjawab seorang bapa untuk anaknya, sementara qurban adalah tanggungjawab mereka yang hendak mengerjakan ibadah berqurban.

3 Langkah Mudah Penyertaan

Akad

Lafazkan akad yang jelas dan patuh syariah selepas mengisi borang penyertaan.

Aqiqah

Aqiqah dilaksanakan mengikut tarikh pilihan anda (aqiqah kambing) atau sehingga bilangan bahagian lembu mencukupi.

Bukti pelaksanaan dan E-Sijil

Gambar/Video pelaksanaan akan dihantar melalui emel InsyaAllah dalam masa 5 hari selepas aqiqah dilaksanakan.

” Bayi itu ditebus dengan aqiqahnya.
Aqiqah disembelih pada hari ketujuh kelahirannya,
diberi nama dan rambutnya dicukur”.

Riwayat Abu Daud (1522)

Dapatkan BONUS
2 buah video bersama Irfan Khairi
secara PERCUMA

dengan setiap penyertaan Qurban / Aqiqah & DAM Haji/Umrah.

Soalan Lazim Berkenaan Ibadah QURBAN dan AQIQAH

Kami ingin menggalakkan penyertaan ibadah qurban dan aqiqah sebanyak yang mungkin dengan menawarkan harga mampu bayar. Pada kebiasaannya pembelian dibuat secara pukal dan akan berlaku penawaran jika dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Sunat hukumnya untuk seseorang yang dewasa yang belum diaqiqahkan untuk mengaqiqahkan dirinya sendiri sebagai tanda syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberikan-Nya. Jika dia tidak mampu, maka tiada masalah dan tiada kehinaan terhadap perkara itu kerana Syariat tidak memberatkan seseorang atas suatu yang dia tidak mampu.

Setiap qurban dan aqiqah yang dilaksanakan di Mekah akan ada seorang wakil kami mengambil video dan gambar sepanjang proses sembelihan dijalankan. Video dan gambar ini kemudiannya akan dikongsikan kepada anda untuk menunjukkan ibadah telah dilaksanakan.

Gambar Qurban akan diberi gambar umum, manakala Aqiqah akan diberikan gambar khusus.

Daging aqiqah akan diagihkan kepada faqir miskin dan insan yang memerlukan di sekitar Tanah Suci Mekah. Manakala daging qurban pula tidak dimasak, sebaliknya diagihkan secara mentah kepada umum.

Hubungi

Pejabat:
03-77292277

Whatsapp / Call:
012-7715002 (En. Islah)

Media Social

Kuala Lumpur

Unit 19-2, 19-3 & 19-3A
Oval Damansara
Jalan Damansara
60000 Kuala Lumpur

Dubai

Marina Plaza
Al Marsa Street
Dubai Marina
Dubai, UAE

Irfan Khairi Sdn Bhd © Hakcipta Terpelihara 2022/2023