Projek "Aqiqah Anak Yatim"
Video penyembelihan Aqiqah akan disertakan.

Dijamin masuk syurga:
“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.

(Riwayat HR Tirmidzi dari Ibnu Abbas)

Sertailah kami dalam Projek Aqiqah Anak Yatim, sebuah inisiatif mulia untuk menaja anak-anak yatim yang belum berkesempatan melaksanakan ibadah aqiqah. Dengan penyertaan anda, kami akan memastikan setiap anak yatim yang layak akan dapat dilaksanakan aqiqahnya. Marilah bersama-sama menyumbang dan membawa kegembiraan kepada wajah-wajah kecil ini.

Irfan Khairi

Penyelaras Qurban/Aqiqah

Aqiqah Anak Yatim

“Satu Pengorbanan Mulia, Berkongsi Kebaikan”

Yatim berasal dari bahasa Arab yang memiliki arti sedih atau bermakna sendiri. Adapun menurut istilah syara’ yang dimaksud dengan seorang anak yatim adalah seorang anak yang ditinggal mati oleh bapaknya sebelum dia baligh. Batas seorang anak disebut yatim adalah ketika seorang anak tersebut telah baligh dan dewasa.

Menyantuni dan memuliakan anak yatim menjadi suatu kebaikan yang dapat membuka pintu-pintu kebahagiaan.

Antara Pahala Besar kerana Menyantuni Anak-anak Yatim

Pahala Setanding Dengan Berjihad

Rasulullah SAW sudah memberi jaminan bahawa pahala menyantuni anak yatim adalah standing dengan pahala orang yang berjihad; disamakan dengan bangun pada waktu malam dan berpuasa di siang hari kemudian dilanjutkan dengan keluar untuk jihad di jalan Allah SWT.

Mendapat Perlindungan Hari Kiamat

Pahala lain yang akan diperolehi kerana menyantuni anak-anak ini adalah terselamat dari mendapat azab Allah SWT dan juga dihindari dari ancaman yang akan terjadi pada hari kiamat. Hendak dapatkan ganjaran ini, kasihi lah anak yatim dan selalu berkata baik.

Dimuliakan Dan Dilimpahi Rezeki

Allah SWT juga akan memberikan kelimpahan rezeki dan juga kemuliaan selain daripada berzikir pembuka rezeki. Hal ini juga berlaku sebaliknya di mana Allah SWT juga akan menyempitkan rezeki seseorang apabila tidak menyantuni dan memuliakan anak yatim.

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakanNya dan diberinya kesenangan, maka dia berkata, ‘Tuhanku telah memuliakanku’. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata, ‘Tuhanku menghinaku’. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim.” [surat Al-Fajr ayat 15-17].

Minum Mata Air Syurga

Beruntunglah sesiapa yang selalu berbuat baik dan menyantuni anak-anak ini kerana akan mendapat kenikmatan daripada Allah SWT berupa air minuman berasal dari mata air syurga.

Bersama Rasulullah Di Syurga

ahala berikutnya yang akan kita peroleh apabila menyantuni mereka adalah kita akan berada hampir dengan Rasulullah SAW di syurga bahkan jaraknya hanya sebatas antara jari telunjuk dengan jari tengah saja.

Rasulullah SAW bersabda, “Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini”, kemudian beliau SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau SAW, serta agak merenggangkan keduanya” [HR. Bukhari, Shahih Bukhari, Sahl bin Sa’ad As-Sa’idiy: 5304].

Rumah Anak Yatim Pilihan

RUMAH AMAL ANAK YATIM (PKAYDEM)

(DI BAWAH KELOLAAN)

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DARUL EHSAN MALAYSIA

Lot 873-A, Jalan Banting Klang, Kampung Sungai Manggis, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.

Hubungi

Pejabat:
03-77292277

Whatsapp / Call:
012-7715002 (En. Islah)

Media Social

Kuala Lumpur

Unit 19-2, 19-3 & 19-3A
Oval Damansara
Jalan Damansara
60000 Kuala Lumpur

Dubai

Marina Plaza
Al Marsa Street
Dubai Marina
Dubai, UAE

Irfan Khairi Sdn Bhd © Hakcipta Terpelihara 2022/2023