“Leadership Excellence in Online Marketing”
Malaysia Top Achievers Award
Memulakan perniagaan bukanlah perkara yang mudah. Begitu juga untuk maintain dan kembangkan perniagaan sedia ada. Kisah kegagalan perniagaan juga kita sering dengar. Mungkin kita juga pernah mengalaminya. Ada juga usahawan berbulan-bulan atau bertahun-tahun hanya di tahap yang lama sahaja. Keuntungan perniagaan tidak meningkat.
Pastinya anda setuju, kejayaan perniagaan bergantung pada menggunakan teknik dan strategi yang tepat.
Open Education ditubuhkan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), syarikat #1 Malaysia dalam pendidikan perniagaan Internet, dalam usaha mendidik dan membuka peluang pembelajaran khas bagi golongan dewasa dan bekerjaya yang inginkan pembelajaran lanjutan terutamanya dalam bidang keusahawanan Internet sejak tahun 2005.
Irfan Khairi, pengasas OpenEducation di bawah Irfan Khairi Sdn Bhd telah menempa nama di Malaysia dan dikenali sebagai “jutawan Internet” oleh pihak media bermula 2005. Seorang speaker profesional, penulis dan juga personaliti TV dan radio, Irfan Khairi telah melahirkan beribu-ribu usahawan Internet yang berjaya di Malaysia dan juga luar negara melalui program-program yang dikendalikannya. Bermula 2016, Irfan Khairi juga telah menubuhkan IK Institute of Business dan Expert Ignite (agensi sosial media) di Dubai, UAE untuk mengembangkan sayap perniagaannya mencapai negara-negara Islam seluruh dunia.
Beliau juga dianugerahkan, anugerah berprestij, Malaysia Top Achievers Award 2019, Leadership Excellence in Online Marketing.
Irfan Khairi mempunyai gabungan followers di media sosial yang paling ramai di antara speakers, trainers, dan mentor perniagaan lain di Malaysia dengan jumlah lebih 4.1 juta followers di Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok. Juga, adalah penerima Silver Creator Award dari YouTube.
30 jam kelas online LIVE, dan 12 jam video tutorial bersama Irfan Khairi
Program 6 bulan merangkumi 12 modul perniagaan dan pemasaran internet lengkap
Bantuan dan bimbingan (coaching) one-on-one, tanpa had selama 9 bulan bersama pelatih-pelatih perniagaan internet bertauliah!
Program ini fleksibel dan dikendalikan pada hujung minggu secara live, online (Sabtu atau Ahad), ia memudahkan sesiapa sahaja mengikut kesesuaian masa anda, tidak kira dari mana sahaja. Dan jika anda tidak dapat sertai, keseluruhan rakaman akan diberikan pada anda untuk anda ikuti pada bila-bila masa sahaja.
Ya, program ini juga adalah sesuai untuk mereka yang belum mempunyai perniagaan oleh kerana di modul pertama, Irfan Khairi akan sampaikan cara memililih perniagaan yang terbaik untuk anda mulakan. Sememangnya di katakan 9/10 rezeki adalah dalam perniagaan. Tetapi hakikatnya, 9/10 perniagaan gagal. Dan antara sebabnya adalah salah memilih perniagaan yang dimulakan. Anda akan ditunjukkan cara mencari idea perniagaan yang mempunyai permintaan tinggi dan pesaingan rendah.
Bagi mereka yang sedia mempunyai perniagaan (tidak kira menjual produk atau perkhidmatan), modul pertama ini juga akan membantu anda mencari idea perniagaan baru untuk anda mulakan, untuk mendapat aliran pendapatan yang berganda (multiple streams of income) dengan mempunyai beberapa perniagaan online.
Teknik dan strategi yang disampaikan dalam program ini boleh digunakan untuk apa sahaja perniagaan anda – perniagaan baru atau perniagaan sedia ada, tak kira menjual produk atau perkhidmatan!
Berbeza dengan program atau seminar perniagaan Internet yang lain yang hanya menumpukan pada satu jenis teknik atau strategi, program 6 bulan ini merangkumi pelbagai teknik dan strategi perniagaan Internet dalam 12 modul yang disediakan khas oleh pakar perniagaan Internet #1 Irfan Khairi.
Program-program Irfan Khairi telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia sejak 2005 hingga kini!
MODUL 1
Asas Perniagaan Internet dan Pemasaran Media Sosial
Penyampai: Irfan Khairi
Modul yang berkongsikan asas perniagaan Internet supaya peserta dapat memahami cara membina perniagaan Internet dengan cara yang betul.
Modul ini juga akan turut membantu peserta mencari idea-idea perniagaan berdasarkan minat dan permintaan. Asas penjenamaan juga akan dibincangkan supaya perniagaan yang dimulakan dapat meminimakan pesaing dalam memudahkan lagi perjalanan perniagaan anda!
MODUL 2
Laman Web Yang Menjual
Penyampai: Irfan Khairi
Peserta akan mendalami teknik dan strategi menghasilkan laman web yang boleh mengubahkan prospek menjadi pembeli.
Psikologi cara orang membeli di atas talian akan dipelajari supaya peserta memahami apa yang membuatkan pelawat ingin dan mahu membeli produk atau perkhidmatan anda.
Pelajari cara menghasilkan laman web yang menjual!
MODUL 3
Marketplace: TikTok Shop dan Shopee
Penyampai: Irfan Khairi & Islahudin
Tidak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan, sama ada mempunyai produk dan perkhidmatan sendiri, modul ini akan kongsikan teknik penjenamaan diri (personal baranding) yang juga boleh diaplikasikan pada apa sahaja jenis perniagaan.
Pesaingan perniagaan adalah tinggi kini. Apa yang anda perlu lakukan adalah, bina jenama perniagaan anda untuk bersaing.
MODUL 4
Pengiklanan Efektif di Internet
Penyampai: Irfan Khairi
Antara sebab kegagalan perniagaan Internet adalah usahawan menggunakan teknik pengiklanan yang tidak efektif. Dalam modul ini, peserta akan didedahkan teknik-teknik pengiklanan yang efektif di Internet, serta cara meminimakan kos pengiklanan anda di samping mendapat pulangan yang lebih tinggi.
MODUL 5
Pemasaran Enjin Pencari
Penyampai: Irfan Khairi
Mendedahkan teknik SEO atau Search Engine Optimization, yang bererti, cara membawa laman web anda ke hadapan enjin pencari GOOGLE- secara percuma.
Dengan mengetahui teknik dan strategi SEO, ia dapat membantu memaksimakan tatapan laman web perniagaan anda di hadapan beratus atau beribu-ribu pelawat melalui enjin pencari Google- promosi percuma kepada anda. Pastinya, memberi pulangan berkali-kali ganda tanpa sebarang kos kepada anda.
MODUL 6
Short Form Video (TikTok, Reels dan Shorts)
Penyampai: Irfan Khairi
Pemasaran video adalah pemasaran media TREND TERKINI 2024. Oleh kerana pengguna Internet lebih ramai yang merupakan visual learners (pelajar visual) kaedah pemasaran menggunakan video adalah kaedah yang sangat efektif.
Video dapat mengubahkan lebih ramai prospek menjadi pembeli berbanding dengan kaedah lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya menggunakan teknik dan strategi pemasaran video dalam perniagaan anda.
MODUL 7
Facebook dan Pemasaran Media Sosial
Penyampai: Irfan Khairi
Tidak dinafikan lagi media sosial adalah media yang penting hari ini. Oleh kerana ramainya pengguna media sosial di Malaysia dan serata dunia, media sosial merupakan platform perniaagaan yang tidak boleh diabaikan.
Modul ini akan menunjukkan strategi dan teknik terkini Facebook bagaimana anda boleh menggunakan Facebook dalam membina jenama perniagaan anda dan mendapat pelanggan berulang kali dengan hanya menggunakan platform media sosial.
MODUL 8
Pemasaran Email dan Komunikasi
Penyampai: Irfan Khairi
Email merupakan medium utama komunikasi melalui Internet. Dalam pemasaran Internet, membina senarai email atau databes prospek dan pelanggan adalah amat penting.
Modul ini membantu peserta dalam mengetahui teknik dan strategi membina senarai databes prospek tersendiri yang bersedia untuk membeli daripada anda.
MODUL 9
Analisa Perniagaan Internet
Penyampai: Irfan Khairi
Modul analisa perniagaan Internet akan membantu anda dalam menganalisa pencapaian perniagaan Internet anda. Peserta akan dilengkapkan dengan pelan tindakan apa yang anda perlu lakukan dan bagaimana anda boleh perbaiki perniagaan Internet anda pada bulan, atau tahun-tahun yang akan datang.
MODUL 10 (BARU*)
Menghasilkan Content Video Viral!
Penyampai: Irfan Khairi
Dalam modul TERBARU ini anda akan pelajari kaedah zero-cost marketing yang paling hebat iaitu “VIRAL”.
Sejak tahun lepas, Irfan Khairi telah menghasilkan lebih 300 video-video viral. Dalam modul ini anda akan pelajari formula menghasilkan content yang viral yang dapat membantu meluaskan pasaran perniagaan anda – tanpa kos!
MODUL 11 (BARU*)
Copywriting – Penulisan Untuk Menjual
Penyampai: Irfan Khairi
Anda akan pelajari kaedah penulisan efektif copywriting, iaitu penulisan untuk menjual. Di zaman internet dan media sosial kini, skil penulisan untuk menjual adalah amat penting dalam mengubahkan prospek menjadi pembeli.
Anda akan pelajari cara mudah menulis iklan, media sosial, laman web, dan skrip video yang boleh mendapatkan (convert) lebih ramai pelanggan.
MODUL 12 (BARU*)
Bawa Perniagaan Anda ke NEXT LEVEL!
Seminar bersemuka bersama Irfan Khairi di Kuala Lumpur
Irfan Khairi akan pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan anda!
Program seminar khas “Bawa Perniagaan Anda ke NEXT LEVEL!” adalah program bersemuka di pusat latihan kami. Anda akan dijemput sebagai tetamu istemewa kami untuk berjumpa, belajar, dan berinteraksi di seminar bersemuka bersama Irfan Khairi yang julung-julung kali diadakan di Malaysia!
Kaedah pembelajaran yang diterapkan adalah secara online dan fleksibel.
30 JAM KELAS secara LIVE online bersama Irfan Khairi sepanjang 6 bulan pembelajaran.
Rakaman untuk sesi live ini juga akan disediakan sebagai rujukan/ulang kaji.
Bahan-bahan pembelajaran tambahan seperti video tutorial (berjumlah 12 jam) juga akan diberikan kepada peserta. Bahan-bahan pembelajaran ini boleh diikuti oleh peserta pada bila-bila masa sahaja.
Perjumpaan bersemuka atau secara online juga diadakan untuk bantuan setiap pelajar mengikut kesesuaian pelajar bersama pelatih bertauliah kami.
Modul Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di hasilkan oleh Irfan Khairi, pakar perniagaan Internet #1 Malaysia. Beliau juga adalah penyampai utama modul kepada peserta. Keseluruhan sesi kuliah online akan dikendalikan oleh Irfan Khairi sendiri selama 30 jam sepanjang program.
Kami juga mempunyai 5 pelatih bertauliah in-house untuk membantu anda sepanjang program selama 9 bulan.
Peserta boleh mendapat bantuan dan bimbingan serta konsultansi tambahan bersama pelatih berpengalaman Irfan Khairi Sdn Bhd setiap minggu secara online melalui ZOOM, atau bersemuka di pusat latihan kami di The Strand, Kota Damansara. Training dan konsultansi tambahan boleh dilakukan berseorang (one-on-one) bersama trainer atau secara berkumpulan. Pusat latihan kami adalah sangat selesa dan kondusif! Dan semua ini adalah percuma – tiada bayaran tambahan dikenakan.
Selamat datang ke pusat latihan kami!
Walaupun program pembelajaran adalah secara online 100%, anda tetap boleh datang berjumpa dengan kami untuk sebarang bantuan dan bimbingan (coaching) di pusat latihan kami yang selesa dan cantik untuk bantuan bersemuka. Ini adalah satu bonus dan tiada kos tambahan dikenakan.
Bantuan dan bimbingan juga adalah tanpa had dan boleh dilakukan secara online jika anda tidak dapat datang berjumpa.
Irfan Khairi akan pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan anda!
Program seminar khas “Bawa Perniagaan Anda ke NEXT LEVEL!” adalah program bersemuka di pusat latihan kami (gambar di atas). Anda akan dijemput sebagai tetamu istemewa kami untuk berjumpa, belajar, dan berinteraksi di seminar bersemuka bersama Irfan Khairi yang julung-julung kali di adakan di Malaysia!
Jumpa anda di program “Bawa Perniagaan Anda ke NEXT LEVEL bersama Irfan Khairi”di mana beliau akan tunjukkan bagaimana caranya untuk membawa perniagaan anda ke peringkat global – setiap langkah yang TERBUKTI akan dikongsikan dengan anda!
Mana tahu, perniagaan anda juga dapat berkembang ke luar negara untuk mencapai pasaran yang lebih besar lagi.
Program ini terbuka kepada pelajar, suri rumah, mereka yang sedang bekerja atau tidak, usahawan, mereka yang sudah bersara dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan pemasaran Internet & media sosial (tiada had umur).
Oleh kerana program ini adalah fleksibel dan dikendalikan pada hujung minggu secara online (Sabtu atau Ahad), ia memudahkan sesiapa sahaja mengikut kesesuaian masa anda, tidak kira dari mana sahaja!
Program ini berlangsung selama 6 bulan meliputi 12 modul pemasaran Internet dan media sosial daripada asas, hingga ke yang lebih maju (advance). Bantuan dan bimbingan tanpa had diberikan selama 9 bulan.
Di akhir program ini, peserta juga akan menerima sijil penyertaan dari OpenEducation Malaysia sebagai anugerah pencapaian menamatkan program bersama kami!
Sekiranya anda ingin menghabiskan program ini dalam masa yang lebih pantas, kami mempunyai pilihan program FASTTRACK di mana anda boleh habiskan program ini dalam masa 3 bulan sahaja. Hubungi En Islah di 012-7715002 sekiranya anda ingin mengambil pilihan FASTTRACK.
Yuran program 6 bulan ini adalah RM 4,900. Namun pembayaran penuh akan mendapat diskaun RM800 = RM 4,100 (*tak termasuk SST 8%)
Program ini kini sedang membuka pendaftaran untuk tahun 2024. Kelas pertama akan bermula pada AHAD, 8 DISEMBER 2024.
Sempena PROMOSI DISEMBER kami telah menyediakan PEMBERIAN PERCUMA yang sangat istemewa bagi anda yang daftar dan menyertai program bermula AHAD 8 DISEMBER 2024.
Kesemua produk-produk digital Irfan Khairi yang telah dihasilkan sejak tahun 2005 hingga 2024! Kesemua produk termasuk ebook, video, webinar, membership website, dan banyak lagi. Lihat di bawah halaman ini untuk pemberian percuma yang anda akan terima.
Kesemua rakaman kelas LIVE program ini selama 30 jam bersama Irfan Khairi untuk simpanan dan rujukan anda bernilai RM3,000!
Bantuan dan bimbingan tanpa had selama tempoh program 6 bulan dan 3 bulan tambahan selepas tamat program bersama pelatih-pelatih IKSB bertauliah. Bantuan dan bimbingan coaching tanpa had selama 9 bulan bernilai RM1,000.
Cara pembayaran yuran adalah dengan menggunakan kad kredit ataupun bank transfer secara penuh.
Pembayaran penuh ketika pendaftaran akan mendapat RM800 diskaun.
Selepas diskaun, bayaran penuh adalah RM 4,100. (Tidak termasuk SST 8%)
Ya. Bayaran secara ansuran juga dibolehkan mengikut jadual di bawah (Tidak termasuk SST 8%):
Pendaftaran: RM 1,000
Sebelum kelas kedua: RM 975
Sebelum kelas ketiga: RM 975
Sebelum kelas keempat: RM 975
Sebelum kelas keempat: RM 975
Lakukan pendaftaran hari ini, untuk mendapat pemberian percuma kesemua produk digital Irfan Khairi sejak 2005! Kesemua produk ini akan diberikan kepada anda apabila anda menyertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Ini termasuk kesemua ebook, program online dan kursus video yang pernah dihasilkan oleh Irfan Khairi. Antaranya adalah:
BONUS TAMBAHAN: Juga, sesi coaching ONE-ON-ONE tanpa had sepanjang 9 bulan bersama pelatih-pelatih IKSB bertauliah. Bantuan dan bimbingan coaching tanpa had selama 9 bulan bernilai RM1,000.
Kesemua ini yang bernilai RM4,595 adalah PERCUMA untuk anda yang mendaftar untuk Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.
Lakukan pendaftaran hari ini, untuk mendapat pemberian percuma kesemua produk digital Irfan Khairi sejak 2005 hingga 2024! Kesemua produk ini akan diberikan kepada anda apabila anda menyertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Pemberian ini akan dihentikan pada bila-bila masa sahaja!
Sebagai rumusan…
Sekiranya anda masih mempunyai soalan yang tidak terjawab, hubungi kami melalui telefon/whatsapp 012-7715002 (En. Islah) atau email ke info@rahsiainternet.com atau datang ke pejabat kami IKSB HQ di Menara Oval Damansara. Hubungi kami untuk sebarang temujanji.
Irfan Khairi Sdn Bhd © Hakcipta Terpelihara 2024